Loading


Friday, July 17, 2009

[Iklan] Flowers, Candy, Chocholate Dedication


Terbuka kepada semua warga Fakulti Pendidikan (sahaja).
Borang akan diedarkan oleh pihak penganjur bermula minggu hadapan (20 Julai 2009).
Jangan lepaskan peluang menceriakan rakan sekerja, para pelajar atau para pensyarah anda..
"Sharing is Caring"
\(^_^)/

[Iklan] Derma Darah

Adakah anda layak menderma?
Ya. Anda layak menderma sekiranya:
  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Berat badan 45 kg dan ke atas
  3. Sihat tubuh badan
  4. Sihat pada hari menderma
  • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
  • Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
  • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
  • Tidak mempunyai ahli keluarga yang mengidapi Hepititis B atau C

Sumber Sabah.org

"Sharing is Caring"

Thursday, July 16, 2009

Public Speaking (Saringan)

Assalamu'alaikum... Selamat sejahtera...

Alhamdulillah.. Pada kira-kira pukul 8.30 malam 16 Julai 2009, telah berlangsung Pertandingan Public Speaking Peringkat Saringan. Terdapat 6 penyertaan diterima daripada beberapa program Prasiswazah dan Siswazah, Fakulti Pendidikan UKM. Seramai 3 orang peserta telah terpilih untuk bertanding ke Peringkat Akhir pada 22 Julai 2009 nanti. Tahniah dan syabas!

Semoga berjaya diucapkan kepada para peserta yang akan bertanding di peringkat akhir nanti. Manakala yang tidak berjaya, teruskan usaha di masa-masa akan datang.


Pengumuman: Kepada para peserta yang ingin mendapatkan rakaman video pertandingan masing-masing, sila berikan nama, no. telefon/email atau ID Skype anda kepada moderator melalui email nur_huday@yahoo.com.

Salam Hari Guru..