Loading

Friday, July 17, 2009

[Iklan] Derma Darah

Adakah anda layak menderma?
Ya. Anda layak menderma sekiranya:
  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Berat badan 45 kg dan ke atas
  3. Sihat tubuh badan
  4. Sihat pada hari menderma
  • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
  • Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
  • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
  • Tidak mempunyai ahli keluarga yang mengidapi Hepititis B atau C

Sumber Sabah.org

"Sharing is Caring"

0 Comments: